COVID-19: 65.9 peratus populasi dewasa lengkap vaksinasi

Astro Awani
September 3, 2021 09:44 MYT
Bagi peratusan keseluruhan populasi Malaysia, 47.2 peratus sudah lengkap vaksinasi dan 61.6 peratus sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos. - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Peratusan vaksinasi populasi dewasa dalam negara terus mencatat peningkatan dengan 65.9 peratus setakat ini, atau lebih 15.42 juta individu, yang sudah lengkap vaksinasi.
Sementara itu, 85.9 peratus atau 20.11 juta individu sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin COVID-19.
Berdasarkan data yang dikongsikan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), perkembangan tersebut turut disumbang pemberian vaksin harian dengan 369,280 dos semalam.
Daripada jumlah itu, 187,645 adalah dos pelengkap dan 181,635 dos adalah dos pertama daripada vaksin dua dos.

Peratusan terkini kadar vaksinasi populasi dewasa Malaysia setakat 2 September 2021.#LindungDiriLindungSemua pic.twitter.com/LNrF0FNaYi

— Vaksin COVID-19 (@JKJAVMY) September 3, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Laporan harian pemberian vaksin mengikut negeri pada 2 September#LindungDiriLindungSemua pic.twitter.com/5weq0mUpV4

— Vaksin COVID-19 (@JKJAVMY) September 3, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Johor mencatatkan pemberian dos kedua tertinggi semalam dengan 32,691, diikuti Selangor (27,577), Kuala Lumpur (19,564), Sabah (19,252), Pulau Pinang (14,648), Terengganu (14,771) dan Kedah (12,431).
Ini turut menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos, termasuk vaksin dos tunggal, sebanyak 35.51 juta.
Bagi peratusan keseluruhan populasi pula, 47.2 peratus sudah lengkap vaksinasi dan 61.6 peratus sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Laporan kumulatif vaksinasi mengikut negeri setakat 2 September 2021.#LindungDiriLindungSemua pic.twitter.com/HSwFIDfpWG

— Vaksin COVID-19 (@JKJAVMY) September 3, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bekalan vaksin #COVID-19 #dos kedua #Kuala Lumpur #Malaysia #Sabah #suntikan #JKJAV
;