PUTRAJAYA: Sebanyak 64 kematian baharu COVID-19 termasuk 14 kes kematian di luar hospital atau 'brought-in-dead' (BID) dilaporkan pada Selasa.
Menerusi data yang diperoleh daripada GitHub Kementerian Kesihatan Malaysia, Perak melaporkan angka kematian tertinggi dengan 20 kes.
Ia disusuli dengan lapan kes di Kedah, Selangor (tujuh), Pulau Pinang (enam), Johor (lima), Negeri Sembilan dan Sarawak (empat) serta Kelantan (tiga).
Melaka, Pahang dan Sabah masing-masing dua kes kematian manakala satu kematian direkodkan di Terengganu.
Sementara itu, bagi 14 kematian di luar fasiliti (BID), Kelantan merekodkan tiga kes dan dua di Perak, Kedah, Johor dan Sarawak.
Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Sabah pula mencatatkan satu kes BID.
Sejak wabak itu melanda Malaysia pada 24 Januari 2020, COVID-19 telah meragut 34,906 nyawa di negara ini.
Sementara itu, KKM turut melaporkan 15,215 kes positif baharu COVID-19 bagi hari yang sama.
Ia merangkumi 14,965 kes penularan tempatan dan 250 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.
Setakat jam 12 tengah malam Selasa, sebanyak 236,023 kes positif aktif dilaporkan dengan 230,081 individu menjalani kuarantin di rumah.
Seramai 4,843 pesakit dirawat di hospital, manakala 817 pesakit lagi menjalani rawatan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).
Jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 adalah 4,167,418.
*Artikel asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Mar 30 2022

Sejak wabak COVID-19 melanda Malaysia pada 24 Januari 2020, ia telah meragut 34,906 nyawa di negara ini. - Gambar fail

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Remaja maut akibat kusta, dua kampung Orang Asli di Kuala Pilah dikuarantin
Seorang remaja perempuan Orang Asli berusia 18 tahun disahkan meninggal dunia Isnin lepas, setelah seminggu demam akibat dijangkiti kusta, manakala lapan lagi sedang menerima rawatan.

Pengasuh taska disyaki terlibat kematian bayi empat bulan ditahan
Polis menahan seorang pengasuh sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) dipercayai berkait kes kematian bayi lelaki berusia empat bulan 3 Jan lepas.

Kematian pertama akibat selesema burung dilaporkan di AS
Seorang pesakit di negeri Louisiana, Amerika Syarikat (AS) menjadi individu pertama meninggal dunia akibat selesema burung atau H5N1 di negara itu, kata pihak berkuasa pada Isnin, lapor Xinhua.

Kes demam denggi menurun pada ME52, satu kematian dilaporkan
Jumlah keseluruhan kes demam denggi tahun lepas adalah sebanyak 122,423 kes dengan 117 kematian.

Konsert Pinkfish: Polis selesai rekod keterangan 41 individu
Penganjur konsert Pinkfish akan dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, di sini, pagi Isnin.

Mahkamah perintah PDRM lengkap siasatan kematian Teoh Beng Hock dalam tempoh enam bulan
Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melengkapkan siasatan kes kematian Teoh Beng Hock dalam tempoh enam bulan bermula hari ini.

Pandu secara melulu dan berbahaya kesalahan tertinggi sepanjang Deepavali
Memandu secara melulu dan berbahaya merupakan kesalahan tertinggi yang telah menyumbang kepada kebanyakan kes kemalangan maut sepanjang perayaan Deepavali lepas.

Angka kematian mpox melebihi 1,000, kes merebak ke 18 negara Afrika
Afrika mencatatkan 50 kematian baharu akibat mpox pada minggu lepas, menjadikan jumlah keseluruhan 1,100 kematian sejak awal tahun ini.

Lagi kes lelaki maut dibaham harimau
Seorang lelaki warga Myanmar ditemukan maut disyaki dibaham harimau berdekatan Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Jeli-Gerik, Batu Melintang di sini pada Khamis.

Lelaki maut tertimbus semasa cari emas
Seorang lelaki maut tertimbus dipercayai semasa mencari emas di Kampung Cabang Bijih, Perala, Sokor di sini pada Sabtu.