COVID-19: 62.6 peratus populasi dewasa lengkap vaksinasi - JKJAV

Hasimi Muhamad
Ogos 30, 2021 02:15 MYT
Bagi keseluruhan populasi rakyat Malaysia pula, sebanyak 44.9 peratus sudah lengkap divaksinasi, manakala 59.4 peratus lagi sudah mendapatkan suntikan dos pertama. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) terus menunjukkan perkembangan memberangsangkan apabila sebanyak 62.6 peratus atau lebih 14.6 juta individu daripada populasi dewasa di seluruh negara sudah lengkap menerima dua dos vaksin COVID-19 setakat Ahad.
Penerima dos pertama daripada golongan dewasa pula adalah sebanyak 82.2 peratus atau lebih 19.3 juta orang, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) menerusi perkongsian infografik di Twitter.
Bagi keseluruhan populasi rakyat Malaysia pula, sebanyak 44.9 peratus sudah lengkap divaksinasi, manakala 59.4 peratus lagi sudah mendapatkan suntikan dos pertama.

Cumulative vaccination report by state as of 29 August 2021.#LindungDiriLindungSemua pic.twitter.com/QAVIB8mQIy

— Vaksin COVID-19 (@JKJAVMY) August 30, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Jelas JKJAV, jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi PICK setakat semalam sebanyak 34,027,548 dos.
Labuan terus merekodkan kadar pemberian dos vaksin tertinggi dengan 93.2 peratus atau 63,830 orang daripada populasi dewasa sudah lengkap dua dos vaksin.

Laporan harian pemberian vaksin mengikut negeri pada 29 Ogos#LindungDiriLindungSemua pic.twitter.com/X9d9emNEwd

— Vaksin COVID-19 (@JKJAVMY) August 30, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ini diikuti Lembah Klang dengan 90.3 peratus (5,563,589 orang), Sarawak 86.67 peratus (1,770,942 orang), dan Negeri Sembilan 77.5 peratus (631,173 orang), Perlis 65.6 peratus (118,916 orang), Melaka 57.0 peratus (388,198 orang), manakala Pulau Pinang 54.6 peratus (746,992 orang).
Sementara itu, jumlah pemberian vaksinasi harian pada Sabtu menunjukkan sedikit penurunan berbanding semalam iaitu daripada 336,642 dos kepada 302,804.
Ia masing-masing melibatkan membabitkan 146,186 dos pertama dan 160,618 dos kedua.
PICK dilancarkan pada 24 Februari lalu bagi menggerakkan negara ke arah mencapai matlamat imuniti kelompok COVID-19.
#Vaksinasi Malaysia #Khairy Jamaluddin #golongan dewasa #lengkap divaksinasi