COVID-19: 6,999 jangkitan baharu hari ini, Selangor catat 2,477 kes

Fareez Azman
Mei 30, 2021 14:57 MYT
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan sebanyak 6,999 kes baharu positif COVID-19 dicatatkan hari ini. - Gambar fail Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Jumlah jangkitan baharu COVID-19 yang direkodkan dalam negara sejak 24 jam lalu turun kepada 6,999 kes berbanding hari sebelumnya sebanyak 9,020.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, negeri Selangor masih kekal mencatatkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 2,477 kes.
Berada di belakang Selangor ialah Kuala Lumpur yang merekodkan 616 kes diikuti Kelantan (612 kes), Sarawak (513 kes), Johor (433 kes) dan Kedah (422 kes).
Negeri Pulau Pinang pula mencatatkan 248 kes diikuti Pahang (239 kes), Terengganu (214 kes), Perak (212 kes) dan Melaka (202 kes).
Selain itu, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan pula masing-masing mencatatkan bilangan kes kurang daripada 200 jangkitan diikuti Wilayah Persekutuan Putrajaya (13 kes) dan Perlis (7 kes).
BERITA LANJUT MENYUSUL
#Dr Noor Hisham Abdullah #Kuala Lumpur #KKM #Kedah #Pahang #Putrajaya #Kementerian Kesihatan #COVID-19 #terengganu #kes baharu #kerajaan #PKP
;