COVID-19: 6,630 kes baharu, naik lebih 400 kes berbanding semalam

Astro Awani
Oktober 22, 2021 06:22 MYT
6,630 jangkitan baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam yang lalu, peningkatan lebih 400 kes berbanding kes harian yang direkodkan pada Khamis. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Malaysia merekodkan 6,630 jangkitan baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam yang lalu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, jangkitan baharu itu menjadikan kumulatif kes COVID-19 yang direkodkan di Malaysia adalah 2,420,222 kes.
Ia merupakan peningkatan lebih 400 kes berbanding yang direkodkan semalam, 6,210 kes.

Sehingga 22 Oktober 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 6,630 kes (2,420,222 kes): Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://t.co/aIQttvCbIP Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) October 22, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Daripada 6,630 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 101 kes (1.5 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5 dan 6,529 kes (98.5 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam pada itu, beliau memaklumkan sejumlah 7,630 kes sembuh dilaporkan hari ini.
Sementara itu, 653 kes kini sedang menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 322 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Dr Noor Hisham turut memaklumkan terdapat 12 kluster baharu COVID-19 dilaporkan hari ini dengan 580 kluster masih lagi aktif ketika ini.
#Dr Noor Hisham Abdullah #COVID-19 #kes harian COVID-19 #statisitik terkini COVID-19