COVID-19: 6,387 kes baharu, 77 kematian direkodkan hari ini

Astro Awani
Julai 5, 2021 18:22 MYT
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, Selangor menjadi negeri yang merekodkan jangkitan baharu tertinggi iaitu 2,610 kes - Gambar fail AP
KUALA LUMPUR: Sejumlah 6,387 jangkitan baharu COVID-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu dengan 785,039 kes keseluruhan dilaporkan sejak ia mula dikesan di Malaysia tahun lalu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, Selangor pula terus menjadi negeri yang merekodkan jangkitan baharu tertinggi iaitu 2,610 kes diikuti Kuala Lumpur (819), Negeri Sembilan (523) dan Sarawak (424).
Sementara jumlah kes sembuh, kata beliau, yang dilaporkan adalah 4,532 dengan kumulatif kes sembuh adalah 710,018.
Dr Noor Hisham turut memaklumkan, sejumlah 77 kes kematian baharu dilaporkan hari ini.
Sehingga kini, jumlah korban akibat COVID-19 yang dilaporkan di Malaysia ialah sebanyak 5,574.
Dalam pada itu, kes yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 923 kes dengan 433 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

COVID-19: 5 Julai 2021 J kes sembuh: 4,532 J kumulatif: 710,018 (90.4%) J kes baru: 6,387 J kumulatif:785,039 J kes aktif: 69,447 Kes local: 6,361 (4,864WN, 1,497BWN) Kes import:26 (13WN) J kematian:77 (73WN) J kumulatif:5,574 (0.71%) J kes di ICU:923 Pesakit Intubated:433 pic.twitter.com/YZq9sl1tPs

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) July 5, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Berikut pecahan kes baru harian COVID-19:
Selangor - 2,610 (262,462)
Kuala Lumpur - 819 (81,354)
Negeri Sembilan - 523 (47,931)
Sarawak - 424 (66,985)
Johor - 324 (72,849)
Pahang - 312 (14,797)
Kedah - 273 (26,526)
Sabah - 263 (70,720)
Perak - 249 (27,693)
Melaka - 206 (19,769)
Pulau Pinang - 157 (35,492)
Kelantan - 114 (35,375)
Labuan - 71 (8,683)
Terengganu - 17 (11,417)
Putrajaya - 25 (2,389)
Perlis - 0 (597)

Sehingga 5 Julai 2021 Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 6,387 kes (785,039 kes) Pecahan setiap negeri (Kumulatif): Selangor - 2,610 (262,462) WPKL - 819 (81,354) Johor - 324 (72,849) Sabah - 263 (70,720) Sarawak - 424 (66,985) Negeri Sembilan - 523 (47,931) pic.twitter.com/UddVAOLcqM

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) July 5, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Noor Hisham Abdullah #COVID-19 #jangkitan harian COVID-19 #Kes baharu COVID-19 #kes terkini COVID-19
;