COVID-19: 6,377 kes baharu dalam tempoh 24 jam

Astro Awani
Oktober 28, 2021 06:56 MYT
Kadar kematian mencatatkan pertambahan sebanyak 98 kes termasuk 32 kes kematian BID kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
KUALA LUMPUR : Kes COVID-19 hari ini mencatatkan pertambahan sebanyak 6,377 lagi kes baharu dalam tempoh 24 jam.
Jumlah itu juga menjadikan jumlah keseluruhan sejak pandemik melanda negara ini sebanyak 2,454,749 kes.
Menurut perkongsian data COVIDNOW, setakat semalam kadar kematian merekodkan pertambahan sebanyak 98 kes termasuk 32 kes Brought In Dead (BID).

Sehingga 28 Oktober 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 6,377 kes (2,454,749 kes). Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://t.co/aIQttvCbIP Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) October 28, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Unit rawatan rapi (ICU) setakat ini menempatkan seramai 564 pesakit dan daripada jumlah itu, 294 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Manakala kes sembuh hari ini adalah sebanyak 6,637 kes sekaligus angka kumulatif sembuh ialah 2,354,622.
Sebahagian besar daripada jumlah kes baharu bagaimanapun hanya melibatkan pesakit kategori 1 dan 2 iaitu sebanyak 98.4 peratus.
Manakala selebihnya, 1.6 peratus atau bersamaan 101 kes adalah pesakit kategori 3, 4 dan 5.
Sementara itu, lapan kluster baharu dikesan hari ini, membabitkan negeri Selangor, Pahang, Johor, Pulau Pinang, Labuan dan Kuala Lumpur.
Lima daripadanya adalah kluster tempat kerja, manakala bakinya adalah kluster institusi pendidikan, komuniti dan kumpulan berisiko tinggi.
#COVID-19 #Dr Noor Hisham Abdullah #KKM #kes baharu