COVID-19: 6,342 kes baharu, 99.34% kategori 1 dan 2

Astro Awani
April 23, 2022 11:15 MYT
Sebanyak 91 kes dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dengan 61 pesakit memerlukan bantuan pernafasan. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Sejumlah 6,342 kes baharu COVID-19 direkodkan semalam, menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Daripada jumlah itu, 6,300 kes (99.34%) adalah kategori 1 dan 2 sementara 42 kes (0.66%) lagi dalam kategori 3, 4 dan 5.
"Daripada 42 kes tersebut yang direkodkan pada 22 April 2022, 13 kes (30.95%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi, 14 kes (33.33%) telah menerima dua dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak dan 15 kes (35.71%) telah menerima dos penggalak.
"Sementara 15 kes (35.71%) berumur 60 tahun dan ke atas dan 23 kes (54.76%) mempunyai komorbid," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Sebanyak 91 kes dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dengan 61 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.
Jumlah kes sembuh pula adalah sebanyak 9,111.
Semalam, dua kluster baharu direkodkan, dengan 100 kluster masih aktif.
Sementara itu, nilai kadar kebolehjangkitan (R-naught atau R0) COVID-19 di seluruh negara ketika ini adalah 0.80, dengan Putrajaya mencatatkan bacaan tertinggi pada 1.04.
#COVID-19 #Dr Noor Hisham Abdullah #ICU #R-Naught
;