COVID-19: 5,806 kes baharu dilaporkan dengan 49 kematian

Hilmi Malik
Disember 2, 2021 06:23 MYT
Jumlah keseluruhan kadar kematian kini adalah sebanyak 30,474 kes. - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Sebanyak 5,806 kes baharu COVID-19 dilaporkan sepanjang 24 jam yang lalu, menjadikan jumlah keseluruhan kes sejak penularan wabak itu di negara ini kepada 2,644,027.
Setakat tengah malam tadi, data COVIDNOW melaporkan pertambahan kadar kematian sebanyak 49 kes dengan angka kumulatifnya sebanyak 30,474 kes.
Jumlah itu juga termasuk dengan 12 kes kematian brought-in-death (BID).

Pada 2 Disember 2021, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 5,806 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,644,027 kes. Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://t.co/aIQttvCbIP Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) December 2, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sebahagian besar kes yang dilaporkan bagaimanapun masih melibatkan pesakit Kategori 1 dan 2 iaitu sebanyak 98.2 peratus.
Manakala selebihnya, 1.8 peratus atau bersamaan 103 kes terdiri daripada pesakit Kategori 3,4,dan 5.
Sementara itu Unit Rawatan Rapi (ICU) sedang menempatkan seramai 511 kes dan daripada jumlah itu juga, 266 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Sementara itu, jumlah kes sembuh masih melaporkan angka yang lebih tinggi iaitu 7,246 kes menjadikan keseluruhan kes pulih sebanyak 2,551,253 kes.
#COVID-19 #KKM #Dr Noor Hisham Abdullah #kes positif