COVID-19: 5,803 kes baharu atasi jumlah pesakit sembuh 5,193

Hasimi Muhamad
Jun 26, 2021 06:47 MYT
Dr Noor Hisham berkata, Selangor terus mendahului dengan 2,108 kes, diikuti Negeri Sembilan (741); Kuala Lumpur (628), manakala Sarawak (491). - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sebanyak 5,803 lagi jangkitan baharu dicatat dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah kes kumulatif di negara ini meningkat kepada 728,462.
Peningkatan kes baharu itu menyaksikan ia lebih tinggi berbanding kes sembuh sebanyak 5,193 yang dilaporkan hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor terus mendahului dengan 2,108 kes, diikuti Negeri Sembilan (741); Kuala Lumpur (628), manakala Sarawak (491).
Sementara itu, Perlis kekal menjadi negeri yang mencatatkan kes positif paling rendah dalam tempoh 24 jam iaitu sebanyak empat kes.
Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata daripada jumlah kes positif sebanyak 5,793 merupakan kes tempatan sementara 10 lagi kes import.
"Sebanyak 5,193 kes sembuh dengan menjadi jumlah kes sembuh di negara ini ialah 662,932 kes," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Dalam perkembangan sama, Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 81 lagi kes kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 4,884 kes.
Setakat ini, sebanyak 866 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 435 memerlukan bantuan alat pernafasan.

Kelantan - 103 (34,287) Pulau Pinang - 160 (34,023) Perak - 137 (25,678) Kedah - 186 (24,436) Melaka - 355 (17,377) Pahang - 220 (12,977) Terengganu - 29 (11,121) WP Labuan - 99 (7,729) WP Putrajaya - 24 (2,247) Perlis - 4 (584)

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) June 26, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Status Terkini #COVID19, 26 Jun 2021 Kes sembuh= 5,193 Jumlah kes sembuh= 662,932 Kes baharu positif= 5,803 (10 import) Jumlah positif= 728,462 Kes kematian= 81 Jumlah kes kematian= 4,884 Kes dirawat di ICU= 866 Bantuan alat pernafasan= 435 pic.twitter.com/n2trTQO90O

— KKMalaysia (@KKMPutrajaya) June 26, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Noor Hisham Abdullah #COVID-19 #kes positif COVID-19 #Covid-19 Malaysia #kematian COVID-19 #Negeri tertinggi COVID-19 #PKP 3 0 #MCO 3 0 #darurat