COVID-19: 5,522 kes baharu dalam tempoh 24 jam

Astro Awani
Januari 28, 2022 11:19 MYT
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 10 kematian lagi akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Jumlah kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu adalah sebanyak 5,522 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Jumlah kes baharu ini menjadikan jumlah kumulatif kes baharu COVID-19 di negara ini meningkat kepada 2,855,930 kes.
"Daripada 5,522 kes baharu, sebanyak 5,483 atau 99.3 peratus adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2, manakala 39 kes atau 0.7 peratus adalah kategori 3,4 dan 5.
"Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebanyak 127 kes dan kes memerlukan bantuan pernafasan sebanyak 70 kes," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Pada 28 Januari 2022: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 5,522 kes. Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://t.co/aIQttvTN7p Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) January 28, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 10 lagi kematian akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini sebanyak 31,940 orang, daripada lebih 2.83 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.
Menurut data KKM di portal COVIDNOW, tiga kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).
Untuk rekod, kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.
Ini berikutan proses pengesahan sama ada pesakit COVID-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.
#kes baharu #kes positif #COVID-19 #Dr Noor Hisham Abdullah #KKM