COVID-19: 5,516 kes baharu dalam tempoh 24 jam

Eton Khir
Oktober 20, 2021 19:08 MYT
Menurut Dr Noor Hisham, jumlah hari ini mencatatkan sedikit penurunan berbanding semalam. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Angka kes baharu COVID-19 yang dilaporkan sepanjang 24 jam yang lalu adalah sebanyak 5,516 kes, menjadikan jumlah keseluruhan kes sejak pandemik kini kepada 2,407,382 kes.
Jumlah itu mencatatkan sedikit penurunan berbanding semalam dengan 5,745 kes dilaporkan pada Selasa.

Sehingga 20 Oktober 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 5,516 kes (2,407,382 kes).

Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://t.co/aIQttvCbIP Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) October 20, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara itu, data COVIDNOW setakat Selasa merekodkan pertambahan 69 lagi kes kematian dengan angka kumulatif kini sebanyak 28,062 individu.
Jumlah itu juga termasuk 11 kes Brought In Dead (BID).
Setakat ini, 669 pesakit sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 333 pesakit memerlukan bantuan alat pernafasan.
Manakala, jumlah kes sembuh yang direkodkan ialah 9,401 kes dengan jumlah kumulatif kini 2,297, 289 kes bersamaan 95.4 peratus.
Perkembangan vaksin COVID-19, sejumlah 23 052,952 individu telah lengkap dua dos dan kadar vaksinasi populasi dewasa ketika ini 94 peratus.
Sementara itu sebahagian besar kes dilaporkan hari ini masih melibatkan pesakit kategori 1 dan 2 iaitu 98.2 peratus atau 5,414 kes melibatkan pesakit tidak bergejala dan gejala ringan.
Selebihnya pula, merupakan pesakit kategori 3, 4, dan 5 iaitu sebanyak 1.8 peratus atau bersamaan 102 kes.
Dalam pada itu, 4 kluster baharu dikesan dengan 614 kluster masih lagi aktif sementara 5,085 kluster telah tamat.
#COVID-19 #Noor Hisham Abdullah #pandemik #kes baharu
;