COVID-19: 5,291 kes baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam

Faris Danial Razi
November 3, 2021 15:25 MYT
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata terdapat peningkatan sebanyak 220 kes berbanding yang dilaporkan hari sebelumnya. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Rabu mengesahkan sejumlah 5,291 lagi kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes dalam negara sebanyak 2,486,630.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ia mencatatkan sedikit peningkatan berbanding Selasa dengan sejumlah 5,071 kes baharu direkodkan.
Daripada jumlah kes harian yang disahkan, hanya 1.4 peratus atau 75 kes melibatkan pesakit kategori 3, 4 dan 5.
Bagaimanapun, rekod kes sembuh pada Rabu dilapor lebih rendah berbanding kes positif dengan pertambahan 4,947 kes.
Ketika ini, seramai 545 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 286 daripada memerlukan bantuan alat pernafasan.
Sementara itu, KKM mengesahkan 70 lagi kematian akibat COVID-19 dengan menjadikan jumlah korban dalam negara kepada 29,045.
Sejumlah tujuh lagi kluster baharu disahkan pada Rabu, menjadikan kluster masih aktif kini sebanyak 390.

Sehingga 3 November 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 5,291 kes (2,486,630 kes). Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://t.co/aIQttvCbIP Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam. pic.twitter.com/GhbmaRuigm

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) November 3, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#COVID-19 #COVIDNOW #Noor Hisham Abdullah #kes terkini COVID-19
;