COVID-19: 5,230 kes baharu, lapan kematian direkod

Astro Awani
Julai 15, 2022 07:00 MYT
Kes aktif COVID-19 dalam negara ketika ini sebanyak 41,208, tambahan sebanyak 2,295 kes. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jangkitan kes baharu COVID-19 naik ke 5,230 pada Jumaat berbanding 4,098 kes pada hari sebelumnya.
Menurut data KKM di portal COVIDNOW, daripada jumlah itu, 11 daripadanya merupakan kes import.
Manakala kes aktif COVID-19 dalam negara ketika ini sebanyak 41,208, tambahan sebanyak 2,295 kes.
Menurut portal COVIDNOW, lapan kes kematian direkodkan menjadikan jumlah kematian dalam negara ketika ini adalah 35,844.
Satu kematian melibatkan kes di luar fasiliti hospital, 'brought-in-dead' (BID).
Sementara itu, 39,703 individu atau 96.3 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah.
Manakala 1,411 pesakit dirawat di hospital dengan 64 ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).
#COVID-19 #kes positif #kes kematian #COVIDNOW
;