COVID-19: 5,218 kes positif baharu, jumlah kematian melepasi 5,000 kes

Astro Awani
Jun 28, 2021 14:52 MYT
Selangor terus mencatatkan kes tertinggi harian dengan 1,989 kes diikuti Negeri Sembilan 629 kes dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan 469 kes. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan sebanyak 5,218 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan sepanjang 24 jam yang lalu.
Ini menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini meningkat kepada 739,266 kes.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Selangor terus mencatatkan kes harian tertinggi dengan 1,989 kes diikuti Negeri Sembilan 629 kes dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan 469 kes.
Negeri Sarawak pula mencatatkan 409 kes diikuti Perak 400 kes harian.
Manakala negeri mencatatkan kes kurang daripada 300 kes iaitu Sabah (258), Johor (243), Kedah (194), Melaka (183), Pahang (111), Wilayah Persekutuan Labuan (108) dan Kelantan (101) kes.
Negeri Pulau Pinang pula mencatatkan 88 kes, Terengganu (23), Wilayah Persekutuan Putrajaya (8) dan Perlis lima kes harian.

Sehingga 28 Jun 2021; Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 5,218 kes (739,266 kes) Pecahan setiap negeri (Kumulatif): Selangor - 1,989 (243,616) WPKL - 469 (75,692) Johor - 243 (70,254) Sabah - 258 (69,025) Sarawak - 409 (64,233) Negeri Sembilan - 629 (43,536) pic.twitter.com/wJEGPeyd5B

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) June 28, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dr Noor Hisham turut memaklumkan pertambahan kes kematian baharu sebanyak 57 kes menjadikan jumlah kumulatif kini adalah 5,001 kes.
Berdasarkan jumlah kes baharu yang dilaporkan, sebanyak tujuh kes import menerima jangkitan dari luar negara.
Kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 kini sebanyak 61,812 kes.
Setakat ini, jumlah kes yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak 899 kes dan daripada jumlah itu, 451 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Jumlah keseluruhan kes sembuh ketika ini adalah sebanyak 672,453 kes berikutan pertambahan kes sembuh sebanyak 4,744 kes hari ini.

Kenyataan Akhbar KPK 28 Jun 2021 Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia https://t.co/9lMRSeeqap

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) June 28, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Dr Noor Hisham Abdullah #Kuala Lumpur #KKM #Kedah #Pahang #Putrajaya #Negeri Sembilan #Perlis #Kementerian Kesihatan #Malaysia #COVID-19 #kes positif #terengganu #Labuan #Sabah #Kementerian Kesihatan Malaysia
;