COVID-19: 46 peratus kes tiada, tidak lengkap vaksinasi, ini 5 tumpuan kenyataan KKM

Eton Khir
September 1, 2021 20:36 MYT
Dr Noor Hisham berkata, vaksin COVID-19 mengurangkan risiko jangkitan yang serius terutama kes di kategori 3 hingga 5. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sebanyak 46 peratus atau 8,640 kes daripada keseluruhan 18,762 kes baharu COVID-19 hari ini, tiada atau tidak lengkap vaksinasi.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, vaksin COVID-19 mengurangkan risiko jangkitan yang serius terutama kes di kategori 3 hingga 5.
Berikut lima perkara penting kenyataan media beliau pada Rabu:
1. Sebanyak 18,762 kes baharu COVID-19 dilaporkan pada Rabu, menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini sebanyak 1,765,016.
2. Selangor kekal merekodkan kes tertinggi namun mencatatkan penurunan iaitu sebanyak 3,711 kes diikuti Sabah (2,430), Sarawak (2,414), Johor (1,993), Pulau Pinang (1,762), Kedah (1,585) Kelantan (1,504) dan Perak (899).
3. Sebanyak 278 kematian direkodkan pada Rabu, menjadikan jumlah kumulatif kematian di Malaysia kini ialah 16,942 kematian.
4. Kes yang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) pula adalah sebanyak 1,007 kes dengan 464 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.
5. Kes sembuh pula sebanyak 21,073, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit pulih ialah 1,482,800 orang.
#COVID-19 #tumpuan utama #Dr Noor Hisham Abdullah #vaksinasi
;