COVID-19: 422 kematian direkodkan, lima kematian sebenar

Astro Awani
September 16, 2021 08:00 MYT
107 kes lagi adalah kematian sebenar yang direkodkan dalam purata tujuh hari. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sejumlah 422 kematian akibat COVID-19 yang direkodkan setakat 11.59 malam, 15 September.
Berdasarkan data yang dikongsikan melalui laman sesawang COVIDNOW, daripada jumlah itu lima adalah kematian sebenar.
Sementara 107 kes lagi adalah kematian sebenar yang direkodkan dalam purata tujuh hari.
Jumlah kematian yang dilaporkan itu termasuk tunggakan kes (backlog) yang belum dilaporkan sebelum ini.
Manakala 92 kematian lagi dilaporkan melibatkan 'brought-in-dead' (BID).
Dengan pertambahan itu, jumlah kes yang masih lagi aktif adalah 225,590.
Daripada jumlah itu, seramai 12,254 pesakit COVID-19 ditempatkan di hospital.
Jumlah itu bersamaan 72.9 peratusan penggunaan keseluruhan katil di hospital.
Dalam pada itu, laman sesawang COVIDNOW turut berkongsi angka jumlah mereka yang menjalani kuarantin di rumah adalah 186,590 atau 82.8 peratus.
#COVID-19 #kes kematian #bid #tunggakan kes
;