COVID-19: 41 lagi kluster dikenal pasti, tempat kerja penyumbang tertinggi

Astro Awani
Ogos 13, 2021 12:37 MYT
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti 41 lagi kluster baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti 41 lagi kluster baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu.
Ia menyaksikan kluster tempat kerja sebagai penyumbang tertinggi iaitu 22 kluster, diikuti 10 kluster komuniti, tujuh kluster kumpulan berisiko tinggi dan dua kluster pendidikan.
Mengenai pertambahan kluster mengikut negeri pula, Selangor mencatatkan jumlah kluster harian tertinggi dengan 11 kluster.
KKM turut memaklumkan, jumlah kluster aktif setakat ini adalah sebanyak 1,293 kluster, manakala, 2,827 kluster telah tamat.
BACA: COVID-19: 21,468 kes baharu, Selangor masih tertinggi
Perincian 41 kluster baharu yang dikenal pasti adalah seperti di bawah:
#COVID-19 #Kementerian Kesihatan #KKM #Malaysia #Kluster tempat kerja #Kluster Pendidikan #kluster komuniti