COVID-19: 4,896 kes baharu, 12 kematian

Astro Awani
Ogos 11, 2022 08:50 MYT
Dilaporkan 1,577 kes dirawat di hospital dengan 68 kini ditempatkan di wad ICU. - Foto fail
KUALA LUMPUR: Jangkitan kes baharu COVID-19 pada Rabu terus menunjukkan peningkatan dengan 4,896 berbanding 3,083 pada hari sebelumnya.
Ia menjadikan jumlah kes baharu harian bertambah ke 4.719 juta kes sejak pandemik melanda negara.
Menurut data KKM di portal COVIDNOW, 12 kes kematian dicatatkan semalam.
Daripada jumlah itu, enam kes berlaku di luar fasiliti hospital, 'brought-in-dead' (BID).
Kes aktif COVID-19 dalam negara kini 44,622.
96.2 peratus atau 42,942 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.
Dilaporkan 1,577 kes dirawat di hospital dengan 68 kini ditempatkan di wad ICU.
37 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.
Negara juga mencatatkan 2,979 kes sembuh.
#COVID-19 #kes positif #kes kematian #COVIDNOW
;