COVID-19: 4,765 kes baharu, Selangor lepasi angka 2,000 kes - Dr Noor Hisham
Astro Awani
Mei 12, 2021 16:21 MYT
Mei 12, 2021 16:21 MYT
KUALA LUMPUR: Sebanyak 4,765 kes baharu COVID-19 direkodkan di Malaysia hari ini menjadikan kes kumulatif setakat ini sebanyak 453,222 kes.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Selangor mencatat angka tertinggi dengan 2,082 kes diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (540) dan Sarawak (405).
Manakala, keseluruhan kes aktif dalam negara kini mencecah angka 40,101.
Dalam tempoh 24 jam lalu juga, negara mencatatkan tambahan 39 kematian baharu menjadikan jumlah keseluruhan kematian 1,761.
"Seramai 469 pesakit berada di unit rawatan rapi (ICU) dan 244 lagi memerlukan bantuan alat pernafasan," kata Dr Noor Hisham dalam kenyataan media harian pada Rabu.
Dalam pada itu ujarnya, 20 kluster baharu dikesan hari ini melibatkan 12 kluster tempat kerja, lima kluster komuniti, dan setiap satu untuk kumpulan berisiko tinggi, keagamaan dan Institusi Pendidikan KPM.
#COVID-19
#Kuala Lumpur
#Sarawak
#Selangor
#kematian
#jangkitan
#Noor Hisham Abdullah
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Malaysia
#rakyat Malaysia
#PKP
#selangor tertinggi
#kes positif