COVID-19: 4,275 jangkitan baharu, paling tinggi direkodkan setakat ini

Hasimi Muhamad
Januari 23, 2021 17:42 MYT
Daripada jumlah kes baharu, sebanyak 4,264 adalah penularan tempatan, sementara 11 import.
KUALA LUMPUR: Malaysia mencatat angka harian tertinggi dengan 4,275 jangkitan baharu COVID-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif jangkitan mencecah 180,455 kes.
Selain itu, kes sembuh daripada COVID-19 juga dilaporkan paling tinggi iaitu sebanyak 4,313 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh setakat ini adalah sebanyak 137,019.
Daripada jumlah kes baharu, sebanyak 4,264 adalah penularan tempatan, sementara 11 import.
Negeri Selangor terus merekodkan pertambahan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 1,421 dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan kes di negeri itu adalah 53,384 kes.
Dalam perkembangan sama, sebanyak tujuh lagi kematian direkodkan, dengan jumlah keseluruhan kematian berkaitan COVID-19 meningkat kepada 667 kes.
Semalam, Malaysia merekodkan kes tertinggi kematian berkaitan COVID-19 iaitu 18 kematian baharu dalam tempoh 24 jam.
Dalam perkembangan sama, seramai 260 pesakit dilaporkan dirawat di unit rawatan rapi (ICU), manakala 103 pesakit memerlukan bantuan pernafasan,
#Noor Hisham Abdullah #KKM #Malaysia #COVID-19 #kes kematian #Dr Noor Hisham Abdullah #PKP
;