COVID-19: 4,239 lagi kes baharu direkodkan hari ini

Umavathi Ramayah
November 28, 2021 08:36 MYT
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, pertambahan jumlah kes baharu itu sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 negara adalah sebanyak 2,623,816. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sebanyak 4,239 jangkitan baharu COVID-19 dilaporkan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam yang menunjukkan penurunan 858 kes berbanding semalam 5,097 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, pertambahan jumlah kes baharu itu sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 negara adalah sebanyak 2,623,816.

Pada 28 November 2021, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 4,239 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,623,816 kes. Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://t.co/aIQttvCbIP

Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) November 28, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Daripada jumlah kes baharu hari ini, 73 kes atau 1.7 peratus melibatkan kategori kategori tiga, empat dan lima manakala baki 98.3 peratus (4,166 kes) lagi terdiri daripada kategori satu dan dua," katanya dalam kenyataan di sini, pada Ahad.
Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham memberitahu, sebanyak 5,007 pesakit disahkan sembuh menjadikan mereka yang sembuh merekodkan 2,527,052 kes atau 96.3.
Menurutnya lagi, sebanyak tiga kluster baharu direkodkan dengan 228 kluster aktif dikesan setakat ini.
Mengikut laman sesawang COVIDNOW, setakat tengah malam Sabtu, sebanyak 40 lagi kematian baharu direkodkan dengan kes kumulatif kematian mencecah 30,280 kes.
#Noor Hisham Abdullah #Kementerian Kesihatan #COVIDNOW #COVID-19