COVID-19: 376 kematian dicatatkan, 75 'brought-in-dead'
Astro Awani
September 19, 2021 07:47 MYT
September 19, 2021 07:47 MYT
KUALA LUMPUR: Sejumlah 376 kematian akibat COVID-19 direkodkan setakat 11.59 malam pada 19 September.
Jumlah kematian yang dilaporkan itu termasuk tunggakan kes (backlog) yang belum dilaporkan sebelum ini.
Manakala 75 kematian lagi dilaporkan melibatkan brought-in-dead (BID).
Ini menjadikan jumlah kumulatif kes korban akibat COVID-19 di Malaysia adalah 23,443.
Dengan pertambahan itu, jumlah kes yang masih lagi aktif adalah 210,468.
Daripada jumlah itu, seramai 11, 277 pesakit COVID-19 ditempatkan di hospital.
Jumlah itu bersamaan 69.8 peratusan penggunaan keseluruhan katil di hospital di seluruh negara.
Dalam pada itu, laman sesawang COVIDNOW turut berkongsi angka, jumlah mereka yang menjalani kuarantin di rumah adalah 174,548 atau 82.9 peratus.