COVID-19: 371 kes baharu, empat kematian dicatat

Astro Awani
Januari 18, 2023 07:45 MYT
Kes aktif yang dilaporkan pada Rabu naik ke 10,390 kes di mana 9,970 kes atau 96 peratus pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jangkitan baharu COVID-19 dalam negara kekal berada di bawah 500 kes pada Selasa.
Semalam, jumlah kes naik sedikit kepada 371 berbanding 350 kes, yang dilaporkan hari sebelumnya.
Portal KKMNOW turut memaklumkan empat kematian dilapor berkaitan dengan COVID-19 dan daripada jumlah itu, satu kes berlaku di luar fasiliti kesihatan (BID).
Sementara itu, kes aktif yang dilaporkan pada Rabu naik ke 10,390 kes di mana 9,970 kes atau 96 peratus pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.
Tiada pesakit ditempatkan di pusat kuarantin (PKRC), manakala 404 pesakit mendapat rawatan di hospital.
16 daripada mereka ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), manakala 14 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.
Negara juga mencatatkan 304 kes sembuh.
#COVID-19 #kes baharu #kes kematian #KKMNOW
;