COVID-19: 36 kluster baharu, tempat kerja masih tertinggi
Hilmi Malik
Ogos 28, 2021 20:27 MYT
Ogos 28, 2021 20:27 MYT
KUALA LUMPUR : Sebanyak 36 lagi kluster baharu dilaporkan dengan kategori tempat kerja masih kekal dengan jumlah tertinggi iaitu sebanyak 23 kluster.
Ini diikuti kluster komuniti dengan sebanyak 12 kluster.
Antara kluster lain yang terlibat ialah kategori kumpulan berisiko tinggi yang hanya melaporkan satu kluster.
Selangor menyumbang kadar pertambahan tertinggi sebanyak tujuh kluster diikuti Kelantan sebanyak enam kluster.
Setakat ini 1,468 jumlah kluster yang masih aktif dilaporkan manakala jumlah keseluruhan kluster sejak pandemik adalah sebanyak 4,647.