COVID-19: 35 kluster baharu direkodkan, 21 daripadanya kategori tempat kerja

Hilmi Malik
Ogos 16, 2021 19:35 MYT
Kementerian Kesihatan Malaysia rekodkan 35 kluster baharu hari ini dengan 21 kluster terdiri daripada kategori tempat kerja. - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Sebanyak 35 kluster baharu dilaporkan hari ini dengan 21 kluster terdiri daripada kategori tempat kerja.
Sementara kategori komuniti pula merekodkan 11 kluster manakala kluster lain yang dikesan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ialah kategori Institusi Pendidikan dan Kumpulan Berisiko Tinggi.
KKM juga merekodkan Kelantan mencatatkan pertambahan kluster harian tertinggi iaitu sebanyak 13 kluster.
Setakat ini, sebanyak 1,339 jumlah kluster yang masih dilapor aktif.
Berikut merupakan perincian setiap kluster baharu:
#COVID-19 #KKM #koronavirus #Kluster tempat kerja #Kluster baharu
;