KUALA LUMPUR: Jangkitan baharu COVID-19 dalam negara kekal berada di bawah 500 kes pada Jumaat untuk enam hari berturut-turut.

Semalam jumlah kes turun sedikit kepada 320, berbanding 383 kes yang dilaporkan hari sebelumnya.

Portal KKMNOW turut memaklumkan tiga kematian dilapor berkaitan dengan COVID-19.

Sementara itu, kes aktif yang dilaporkan pada Jumaat juga turun sedikit kepada 10,937 kes.

Daripada jumlah itu, 10,467 kes atau 95.7 peratus pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.

Tiada pesakit ditempatkan di pusat kuarantin (PKRC), manakala 453 pesakit mendapat rawatan di hospital.

17 daripada mereka ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), manakala lima pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Negara juga mencatatkan 506 kes sembuh.