COVID-19: 31 kes baharu, 28 daripadanya kes tempatan - KKM

Fareez Azman
September 14, 2020 09:05 MYT
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan perkara itu dalam laman Twitter milik beliau pada Isnin. - Gambar Fail
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan 31 kes baharu dicatatkan sehingga jam 12.00 tengah hari pada Isnin.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, ia menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 9,946 kes dengan jumlah kes aktif sebanyak 615 kes setakat ini.
"Daripada 31 kes baharu, sebanyak 28 kes jangkitan tempatan dan tiga kes import. 19 jangkitan tempatan melibatkan warganegara dan sembilan lagi kes bukan warganegara.
"Kluster Bunga di Negeri Sembilan turut mencatatkan empat kes baharu melibatkan kru kapal. Bagaimanapun di Kedah hanya satu kes baharu dicatatkan," jelas Dr Noor Hisham.
Dalam pada itu, tujuh kes telah pulih dan discaj menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya dan discaj sebanyak 9,203 kes bersamaan 92.53 peratus.
Sehingga kini, 11 kes dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan lima daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.
Tiada kematian baharu dicatatkan dengan jumlah kumulatif kematian kekal 128 kes bersamaan 1.29 peratus.

Terkini COVID-19, 14 Sept Jumlah discaj baru:7 Jumlah kumulatif discaj: 9203 (92.53%) Jumlah kes baru;31 Jumlah kumulatif:9946 Jumlah kes aktif:615 Kes tempatan:28(19 WN,9 BWN) Kes import:3(2 WN,1 BWN) Jumlah fataliti:0 Jumlah kumulatif:128 (1.29%) Kes di ICU:11 intubated: 5 pic.twitter.com/RThp9idTNO

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) September 14, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#COVID-19 #Dr Noor Hisham Abdullah #ICU #import #Jangkitan tempatan #Kedah #Kementerian Kesihatan Malaysia #kes baharu #KKM #Negeri Sembilan #Pulih