COVID-19: 30 lagi sekolah di Selangor diarah tutup dua hari
Astro Awani
April 28, 2021 10:27 MYT
April 28, 2021 10:27 MYT
KUALA LUMPUR: Tiga puluh sekolah di Selangor diarah tutup dua hari bermula hari ini.
Menurut pekeliling Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS), ia susulan kes COVID-19 yang dikesan di sekolah-sekolah tersebut.
Katanya, penutupan berkuat kuasa 28 dan 29 April bagi membolehkan ujian saringan kontak rapat dan penilaian risiko dijalankan pihak Pejabat Kesihatan Daerah (PKD).
Pekeliling tersebut turut meminta sekolah-sekolah berkenaan melakukan pembersihan serta proses sanitasi semasa tempoh penutupan.
JPNS juga meminta sekolah terlibat untuk berbincang dengan PKD bersama-sama Pegawai Pendidikan Daerah pada hari pertama penutupan untuk menentukan jika tempoh itu perlu dilanjutkan.
Sepanjang tempoh itu, guru dan pelajar dikehendaki melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PDPR).
#pengajaran dan pembelajaran
#pendidikan
#ujian saringan
#COVID-19
#Sepang
#Klang
#Puchong
#sekolah
#Kuala Selangor
#kesihatan
#pelajar
#guru
#PdPR
#tutup sekolah
#sekolah tutup