COVID-19: 30 kluster baharu dikesan, tertinggi setakat ini

Umavathi Ramayah
Jun 6, 2021 13:30 MYT
Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 18 daripada kluster itu melibatkan kluster tempat kerja dengan 10 kluster sektor perkilangan. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sebanyak 30 Kluster baharu dikesan dalam tempoh 24 jam, tertinggi setakat ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 18 daripada kluster itu melibatkan kluster tempat kerja dengan 10 kluster sektor perkilangan.
"Kluster baharu itu menjadikan sejumlah 713 kluster yang masih aktif dikesan di Malaysia," katanya dalam kenyataan di sini, pada Ahad.
Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham menjelaskan, keseluruhan kluster yang direkodkan di Malaysia sejak pandemik ini adalah 2,338.
Berikut adalah kluster-kluster baharu itu:
1. Kluster Jalan Kebun Sayur
2. Jalan Teknologi Perintis Dua
3. Kluster Taman Aman
4. Kluster Jalan Bertam 23
5. Kluster Jalan Silat Harimau 21
6. Pagar Jalan Sultanah Johor Mersing
7. Jalan Parit Haji Zain Johor Muar
8. Kluster Ladang Tereh Johor Kluang
9. Kluster Jalan Ketiau Tombovo, Sabah
10. Kluster Sawit Kinabatangan Sabah Kinabatangan
11. Kluster Gusi Sabah
12. Kluster Jalan Utama Sabah
13. Kluster Tamalang Sabah
14. Ketegori Murni C Sabah
15. Kluster Kampung Jejawi Kelantan
16. Kluster Bukit Jong Kelantan
17. Kluster Kampung Bakong Kelantan
18. Kluster Sri Cemerlang
19. Kluster Bukit Gasing
20. Kluster Jalan Waja Enam Belas Selangor
21. Kluster Persiaran Sabak, Selangor Petaling dan Klang
22. Kategori Jalan Kasturi Satu Selangor Hulu Selangor
23. Kluster Hilir Sungai Kluang Tiga Pulau Pinang Barat Daya, Timur Laut, dan Seberang Perai Utara
24. Kluster Industri Chain Ferry Pulau Pinang Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah
25. Kluster Industri Bukit Nian Melaka
26. Kluster Kilometer 35 Kemendor Melaka Jasin dan Melaka Tengah
27. Kluster Dah Saga Kedah Kota Setar, Pendang dan Sik
28. Kluster Jaya Gading Pahang Kuantan
29. Kluster Jalan Alamanda Dua Putrajaya dan Selangor
30. Kluster Behrang Stesen Perak
#Kluster tempat kerja #kluster keagamaan #kkomuniti #pendidikan #Kementerian Kesihatan #Dr Noor Hisham Abdullah