KUALA LUMPUR: Sebanyak 30 Kluster baharu dikesan dalam tempoh 24 jam, tertinggi setakat ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 18 daripada kluster itu melibatkan kluster tempat kerja dengan 10 kluster sektor perkilangan.
"Kluster baharu itu menjadikan sejumlah 713 kluster yang masih aktif dikesan di Malaysia," katanya dalam kenyataan di sini, pada Ahad.
Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham menjelaskan, keseluruhan kluster yang direkodkan di Malaysia sejak pandemik ini adalah 2,338.
Berikut adalah kluster-kluster baharu itu:
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 18 daripada kluster itu melibatkan kluster tempat kerja dengan 10 kluster sektor perkilangan.
"Kluster baharu itu menjadikan sejumlah 713 kluster yang masih aktif dikesan di Malaysia," katanya dalam kenyataan di sini, pada Ahad.
Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham menjelaskan, keseluruhan kluster yang direkodkan di Malaysia sejak pandemik ini adalah 2,338.
Berikut adalah kluster-kluster baharu itu:
1. Kluster Jalan Kebun Sayur
- Kategori tempat kerja.
- Kluster ini dikenal pasti hasil saringan bersasar di tempat kerja melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Kebun Sayur, Bukit Bakri, Muar.
2. Jalan Teknologi Perintis Dua
- Kategori tempat kerja.
- Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Teknologi, Taman Teknologi, Taman Nusa Perintis 2, Nusajaya, Johor Bahru.
- Kes indeks bagi kluster ini merupakan Kes No. 514,698, lelaki, warganegara Malaysia berumur 38 tahun yang dilaporkan positif COVID-19 pada 24 Mei 2021 hasil saringan individu.
3. Kluster Taman Aman
- Kategori tempat kerja.
- Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah pasar raya yang terletak di Taman Aman, Kluang.
- Kes indeks bagi kluster ini merupakan warganegara Malaysia berumur 22 tahun yang dilaporkan positif COVID-19 pada 23 Mei 2021 hasil saringan individu bergejala.
- Kes mengalami gejala bermula pada 20 April 2021.
4. Kluster Jalan Bertam 23
- Kategori tempat kerja.
- Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah pusat perkhidmatan yang terletak di Jalan Bertam 23, Taman Mount Austin, Johor Bahru.
- Kes indeks bagi kluster ini merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 32 tahun yang dilaporkan positif COVID-19 pada 5 Jun 2021 hasil saringan individu bergejala.
- Kes mula bergejala pada 31 Mei 2021.
5. Kluster Jalan Silat Harimau 21
- Kategori tempat kerja.
- Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Silat Harimau 21, Taman Industri Jaya, Skudai, Johor Bahru.
- Kes indeks bagi kluster ini merupakan lelaki Bangladesh berumur 38 tahun yang dilaporkan positif COVID-19 pada 6 Jun 2021 hasil saringan individu bergejala.
- Kes mula bergejala pada 1 Jun 2021.
- Kategori Pusat Tahanan.
- Kluster ini melibatkan kakitangan dan Orang Kena Tahan (OKT) sebuah pusat tahanan yang terletak di Jalan Sultanah, Mersing.
- Kes indeks bagi kluster ini merupakan lelaki Malaysia berumur 33 tahun yang dilaporkan positif COVID-19 pada 25 Mei 2021 hasil saringan tahanan.
- Kategori tempat kerja.
- Kluster ini dikenal pasti hasil saringan bersasar di tempat kerja melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Parit Haji Zain, Kebun Sayur, Bukit Bakri, Muar.
8. Kluster Ladang Tereh Johor Kluang
- Kategori tempat kerja.
- Kluster ini melibatkan pekerja - pekerja sebuah ladang yang terletak di Kluang.
- Kes indeks bagi kluster ini merupakan lelaki Malaysia berumur 56 tahun yang dilaporkan positif COVID-19 pada 2 Jun 2021 hasil saringan individu bergejala. Kes mengalami gejala bermula pada 29 Mei 2021.
9. Kluster Jalan Ketiau Tombovo, Sabah
- Kategori tempat kerja.
- Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak berhampiran dengan Jalan Ketiau Tombovo, Putatan. Kes indeks bagi kluster ini merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 63 tahun yang dilaporkan positif COVID-19 pada 29 Mei 2021 hasil saringan individu bergejala. Kes mula bergejala pada 27 Mei 2021.
10. Kluster Sawit Kinabatangan Sabah Kinabatangan
- Kategori tempat kerja.
- Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah ladang di Kinabatangan.
- Kes indeks bagi kluster ini merupakan Kes no. 582,426, perempuan, warganegara Malaysia berumur 25 tahun yang dilaporkan positif COVID-19 pada 2 Jun 2021 hasil saringan kemasukan ke kerja. Kes indeks mempunyai sejarah ziarah-menziarahi semasa sambutan perayaan.
11. Kluster Gusi Sabah
- Kategori komuniti.
- Kes indeks bagi kluster ini merupakan Kes No. 574,700, lelaki, warganegara Malaysia berumur 60 tahun yang dilaporkan positif COVID-19 pada 1 Jun 2021 hasil saringan individu bergejala.
- Kes mula bergejala pada 28 Mei 2021.
- Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti di mana berlakunya penularan kes-kes iaitu di Kampung Gusi Kinarut, Papar.
12. Kluster Jalan Utama Sabah
- Ketegori tempat kerja.
- Kluster ini melibatkan pekerja - pekerja sebuah pusat perkhidmatan yang terletak di Bandar Utama, Batu 6, Sandakan.
- Kes indeks bagi kluster ini merupakan perempuan Malaysia berumur 52 tahun yang dilaporkan positif COVID-19 pada 30 Mei 2021 hasil saringan individu bergejala. Kes mengalami gejala bermula pada 27 Mei
13. Kluster Tamalang Sabah
- Kategori komuniti.
- Kes indeks bagi kluster ini merupakan lelaki Malaysia berumur 26 tahun yang dilaporkan positif COVID-19 pada 28 Mei 2021 hasil saringan kontak rapat.
- Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Kampung Tamalang, Jalan Kota Belud-Ranau, Kota Belud.
14. Ketegori Murni C Sabah
- Kategori komuniti.
- Kluster ini melibatkan individu-individu yang menghadiri sebuah majlis pengebumian yang diadakan pada 20 Mei 2021 sehingga 21 Mei 2021 di Kampung Murni C, Nabawan.
- Kes indeks bagi kluster ini merupakan lelaki berumur 33 tahun yang dilaporkan positif COVID-19 pada 24 Mei 2021 hasil saringan individu bergejala. Kes mula bergejala pada 22 Mei 2021.
15. Kluster Kampung Jejawi Kelantan
- Kategori komuniti.
- Kes indeks bagi kluster ini merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 69 tahun dari Kampung Jejawi, Pasir Mas yang dilaporkan positif COVID-19 pada 4 Jun 2021 hasil saringan kematian.
16. Kluster Bukit Jong Kelantan
- Kategori komuniti.
- Kes indeks bagi kluster ini merupakan lelaki, warganegara Malaysia berumur 64 tahun yang dilaporkan positif COVID-19 pada 27 Mei 2021 hasil saringan individu bergejala.
- Kes mula bergejala pada 20 Mei 2021. Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Kampung Bukit Jong, Pulai Chondong, Machang.
17. Kluster Kampung Bakong Kelantan
- Kategori komuniti.
- Kes indeks bagi kluster ini merupakan perempuan, warganegara Malaysia berumur 78 tahun yang dilaporkan positif COVID-19 pada 4 Jun 2021 hasil saringan kematian.
- Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes berlaku iaitu di Kampung Bakong, Kubang Gadong, Pasir Mas.
18. Kluster Sri Cemerlang
- Kategori tempat kerja.
- Kluster ini melibatkan pekerja - pekerja sebuah syarikat binaan yang terletak di Jalan Sri Cemerlang, Kota Bharu. Kes indeks bagi kluster ini merupakan perempuan warganegara Malaysia berumur 27 tahun yang dilaporkan positif COVID-19 pada 4 Jun 2021 hasil saringan individu bergejala. Kes mengalami gejala bermula pada 1 Jun 2021.
19. Kluster Bukit Gasing
- Kategori kumpulan berisiko tinggi.
- Kluster ini dikenal pasti hasil saringan bersasar di tempat kerja melibatkan pekerja-pekerja dan penghuni-penghuni sebuah rumah jagaan warga emas yang terletak di Bukit Gasing, Petaling Jaya.
20. Kluster Jalan Waja Enam Belas Selangor
- Kategori tempat kerja.
- Kluster ini dikenal pasti hasil saringan bersasar di tempat kerja melibatkan pekerja-pekerja dua buah cawangan kilang yang terletak di Jalan Waja 16, Kawasan Perindustrian Telok Panglima Garang, Kuala Langat.
21. Kluster Persiaran Sabak, Selangor Petaling dan Klang
- Kategori tempat kerja.
- Kluster ini dikenal pasti hasil saringan bersasar di tempat kerja melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Persiaran Sabak Bernam, Seksyen 26, Shah Alam, Petaling.
22. Kategori Jalan Kasturi Satu Selangor Hulu Selangor
- Kategori pendidikan.
- Kluster ini melibatkan kakitangan serta pelajar-pelajar sebuah pusat pendidikan yang terletak di Jalan Kasturi 1A, Bukit Beruntung, Rawang, Hulu Selangor.
- Kes indeks bagi kluster ini merupakan Kes no. 595,843, perempuan Malaysia berumur 53 tahun yang dilaporkan positif COVID-19 pada 4 Jun 2021 hasil saringan kontak rapat.
- Kategori tempat kerja.
- Kluster ini dikenal pasti hasil saringan bersasar di tempat kerja melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Hilir Sungai Kluang 3, Kawasan Perindustrian Bayan Lepas Fasa 4, Barat Daya.
24. Kluster Industri Chain Ferry Pulau Pinang Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah
- Kategori tempat kerja.
- Kluster ini dikenal pasti hasil saringan bersasar di tempat kerja melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Chain Ferry, Butterworth, Seberang Perai Utara.
25. Kluster Industri Bukit Nian Melaka
- Kategori tempat kerja.
- Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Bukit Nian, Kampung Sungai Siput, Lubok China, Alor Gajah. Kes indeks bagi kluster ini merupakan lelaki Malaysia berumur 59 tahun yang dilaporkan positif COVID-19 pada 1 Jun 2021 hasil saringan individu bergejala. Kes mula bergejala pada 25 Mei 2021.
26. Kluster Kilometer 35 Kemendor Melaka Jasin dan Melaka Tengah
- Kategori keagamaan.
- Kluster ini melibatkan individu-individu yang mengadakan aktiviti di KM 35.2, Felda Tun Ghafar Kemendor, Jasin sempena sambutan perayaan.
- Kes indeks bagi kluster ini merupakan lelaki Malaysia berumur 65 tahun yang dilaporkan positif COVID-19 pada 28 Mei 2021 hasil saringan kontak rapat.
27. Kluster Dah Saga Kedah Kota Setar, Pendang dan Sik
- Kategori tempat kerja.
- Kluster ini melibatkan pekerja - pekerja pasar raya Taman Saga, Jalan Alor Mengkudu, Alor Setar. Kes indeks bagi kluster ini merupakan lelaki Malaysia berumur 36 tahun yang dilaporkan positif COVID-19 pada 28 Mei 2021 hasil saringan individu bergejala. Kes mengalami gejala bermula pada 25 Mei 2021.
28. Kluster Jaya Gading Pahang Kuantan
- Kategori komuniti.
- Kes indeks bagi kluster ini merupakan Kes No. 525,458, lelaki, warganegara Malaysia berumur 20 tahun yang dilaporkan positif COVID-19 pada 25 Mei 2021 hasil saringan kontak rapat. Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Jalan Jaya Gading, Kuantan.
29. Kluster Jalan Alamanda Dua Putrajaya dan Selangor
- Kategori tempat kerja.
- Kluster ini dikenal pasti hasil saringan bersasar di tempat kerja melibatkan kakitangan sebuah pusat penginapan yang terletak di Jalan Alamanda 2, Presint 1, Putrajaya.
30. Kluster Behrang Stesen Perak
- Kategori pendidikan tinggi.
- Kluster ini melibatkan pelajar-pelajar sebuah institusi pendidikan yang terletak di Behrang Stesen, Mualim. Kes-kes indeks bagi kluster ini merupakan pelajar di institusi pendidikan tersebut yang dilaporkan positif COVID-19 pada 24 Mei 2021 hasil saringan kontak rapat.