COVID-19: 30,246 kes baharu, 418 kes import

Nursyazwani Saiful Sham
Mac 10, 2022 02:30 MYT
Daripada jumlah itu, 29,828 kes adalah kes jangkitan tempatan, manakala 418 kes adalah kes import. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR : Jumlah kes positif harian COVID-19 negara menunjukkan peningkatan apabila sebanyak 30,246 kes dilaporkan semalam.
Daripada jumlah itu, 29,828 kes adalah kes jangkitan tempatan, manakala 418 kes adalah kes import.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, 30,023 kes (99.26%) adalah kategori satu dan dua manakala 223 kes (0.74%) adalah kategori 3, 4 dan 5.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan individu yang dijangkiti wabak berkenaan meningkat kepada 3,711,199.
Sebanyak 388 kes dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dengan 225 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.
Jumlah kes sembuh pula adalah 26,653.
Semalam juga, lima lagi kluster baharu direkodkan, dengan 424 kluster masih aktif.
Sementara itu, nilai kadar kebolehjangkitan (R-naught atau R0) COVID-19 di seluruh negara ketika ini adalah 1.06, dengan sarawak mencatatkan bacaan tertinggi pada 1.36.
Ia diikuti Kuala Lumpur dengan R0 1.19 dan Terengganu 1.16.
#COVID-19 #Dr Noor Hisham Abdullah #ICU #kes positif