COVID-19: 3,902 kes baharu, lapan kematian direkod
Astro Awani
Julai 19, 2022 07:40 MYT
Julai 19, 2022 07:40 MYT
KUALA LUMPUR: Jangkitan kes baharu COVID-19 meningkat kepada 3,902 pada Rabu berbanding 3,080 pada hari sebelumnya.
Menurut data KKM di portal COVIDNOW, daripada jumlah itu, empat daripadanya merupakan kes import.
Manakala kes aktif COVID-19 dalam negara ketika ini sebanyak 43,144, meningkat sebanyak 959 kes.
Menurut portal COVIDNOW, lapan kes kematian direkodkan menjadikan jumlah kematian dalam negara ketika ini adalah 35,870.
Satu kematian melibatkan kes di luar fasiliti hospital, 'brought-in-dead' (BID).
Sementara itu, 41,488 individu atau 96.2 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah.
Manakala 1,568 pesakit dirawat di hospital dengan 55 ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).
Setakat ini, 49.5 peratus rakyat Malaysia sudah melengkapkan dos penggalak.