COVID-19: 3,731 kes baharu, 15 kematian dilaporkan
Astro Awani
Februari 7, 2021 18:10 MYT
Februari 7, 2021 18:10 MYT
KUALA LUMPUR: Malaysia merekodkan 3,731 kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam yang lalu.
Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan pertambahan itu menjadikan sejumlah 51,241 kes aktif COVID-19 di negara ketika ini.
Daripada jumlah itu, 292 kes sedang menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 140 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.
Jumlah mereka yang sembuh pula kini adalah 190,339 kes dengan pertambahan kes sembuh baharu 3,369 kes.
KKM turut memaklumkan terdapat 15 kematian baharu direkodkan dengan jumlah keseluruhan kematian kini adalah 872 kes.