COVID-19: 3,683 jangkitan baharu dikesan dalam 24 jam
Astro Awani
Disember 29, 2021 15:17 MYT
Disember 29, 2021 15:17 MYT
KUALA LUMPUR: Sejumlah 3,683 jangkitan baharu COVID-19 dikesan di negara ini dalam tempoh 24 jam yang lalu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes COVID-19 adalah 2,750,516 kes.
Perincian lanjut akan dimuat naik di portal covidnow.moh.gov.my
Sementara itu, dalam kemas kini kes yang dimaklumkan menerusi kenyataan media, Dr Noor Hisham berkata 3,444 kes adalah jangkitan tempatan, manakala 239 kes lagi adalah import.
"Daripada 3,683 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 56 kes (1.5 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan 3,627 kes (98.5 peratus) lagi adalah terdiri daripada
kategori 1 dan 2.
"Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 288 kes sementara kes yang memerlukan bantuan pernafasan adalah162 kes," katanya.
Beliau turut memaklumkan bahawa 4,322 kes sembuh dilaporkan hari ini dengan kumulatif kes sembuh adalah 2,677,406.
Sementara itu, enam kluster baharu dilaporkan jhari ini dengan 227 kluster masih lagi aktif.