COVID-19: 3,537 kes jangkitan baharu, lapan kematian dicatat

Astro Awani
November 24, 2022 08:00 MYT
27,213 kes aktif dicatatkan pada Rabu dan daripada jumlah itu 25,127 kes atau 92.3 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.
KUALA LUMPUR: Jangkitan baharu COVID-19 pada Rabu terus menunjukkan peningkatan.
Data di portal KKMNOW mendedahkan, kes jangkitan semalam sebanyak 3,537 kes berbanding 2,516 kes yang dicatatkan hari sebelumnya.
Lapan kes kematian direkodkan akibat pandemik berkenaan dan satu kes yang berlaku di luar fasiliti hospital atau 'brought-in-dead' (BID).
Sementara itu, 27,213 kes aktif dicatatkan pada Rabu dan daripada jumlah itu 25,127 kes atau 92.3 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.
Tujuh pesakit ditempatkan di pusat kuarantin (PKRC).
Manakala, 1,978 pesakit mendapat rawatan di hospital.
101 daripada mereka ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), manakala 61 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.
Negara juga mencatatkan 3,319 kes sembuh.
#COVID-19 #kes positif #kes kematian #KKMNOW
;