COVID-19: 3,384 kes baharu, 13 kematian direkodkan
Astro Awani
Februari 11, 2021 19:00 MYT
Februari 11, 2021 19:00 MYT
KUALA LUMPUR: Sebanyak 3,384 kes positif baharu COVID-19 dicatatkan sehingga jam 12 tengah hari Khamis menjadikan jumlah kumulatif kes baharu kini sebanyak 254,988 kes.
Daripada jumlah kes baharu yang dicatatkan pada Khamis, 3,369 merupakan kes penularan tempatan manakala 15 adalah kes import.
13 kes baharu kematian direkodkan menjadikan jumlah kematian kini ialah sebanyak 936 kes.
Manakala sebanyak 3,774 kes sembuh direkodkan menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh ialah sebanyak 202,269 kes.
Sebanyak 51,783 kes aktif dengan 259 menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 122 memerlukan bantuan pernafasan.
Kes baru berdasarkan negeri:
Selangor (1082)
Johor (777)
Kuala Lumpur (435)
Kedah (228)
Sarawak (184)
Pulau Pinang (144)
Sabah (142)
Melaka (101)
Negeri Sembilan (89)
Perak (82)
Kelantan (48)
Terengganu (26)
Pahang (21)
Labuan (14)
Putrajaya (7)
Perlis (4)
BERITA LANJUT MENYUSUL