COVID-19: 3,332 kes baharu, Selangor paling tinggi
Astro Awani
April 29, 2021 18:19 MYT
April 29, 2021 18:19 MYT
KUALA LUMPUR: Kes positif baharu COVID-19 dalam negara kekal lebih 3,000 dengan jumlah jangkitan baharu pada 29 April adalah 3,332 kes menjadi jumlah keseluruhan 404,925 kes.
Selangor merekodkan jumlah tertinggi dengan 1,083 kes diikuti Sarawak (522), Kelantan (401) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (359).
Hanya Labuan satu-satunya negeri yang tidak merekodkan sebarang kes baharu pada 29 April.
"Sebanyak 45 kes (1.4 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan Depot Tahanan Imigresen (DTI) yang membabitkan Kluster DTI Lenggeng (43 kes) dan Kluster Tembok Pengkalan Chepa (2 kes)," katanya dalam kenyataan perkembangan harian kes COVID-19.
Manakala kes sembuh pula sebanyak 1,943 kes menjadikan jumlah kumulatif kes 375,340 kes.
Sebanyak 15 lagi kes kematian direkodkan pada 29 April menjadikan jumlah kumulatif kematian sebanyak 1,492 kes.
"Terdapat 15 kes kematian pada hari ini yang melibatkan masing-masing empat kes di Kelantan dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, tiga kes di Selangor, dua kes di Sarawak, dan masing-masing satu kes di Johor, dan Sabah.
"Sebanyak 14 kes kematian pada hari ini melibatkan warganegara dan satu kes bukan warganegara," katanya lagi
Manakala kes sembuh pula sebanyak 1,943 kes menajdikan jumlah kumulatif kes 375,340 kes.
Sebanyak 15 lagi kes kematian direkodkan pada 29 April menjadikan jumlah kumulatif kematian sebanyak 1,492 kes.
Jumlah kes aktif pula adalah sebanyak 28,093 dengan 309 yang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 147 memerlukan bantuan alat pernafasan.
Berikut merupakan pecahan kes mengikut negeri:
Selangor : 1,083 kes
Sabah : 131 kes
Johor : 207 kes
WP KL : 359 kes
Sarawak : 522 kes
Pulau Pinang : 158 kes
Negeri Sembilan : 111 kes
Perak : 91 kes
Kelantan : 401 kes
Kedah : 105 kes
Melaka : 43 kes
Pahang : 92 kes
Terengganu : 19 kes
WP Labuan : 0 kes
WP Putrajaya : 9 kes
Perlis : 1 kes
COVID-19: 29 April 2021
Sehingga 29 April 2021: Jumlah kes COVID-19 adalah 3,332 kes
Pulau Pinang : 158 kes
#COVID-19
#jumlah baharu
#jumlah positif
#kes baharu
#Selangor
#Sarawak
#Kelantan
#WP Kuala Lumpur
#Noor Hisham Abdullah