COVID-19: 3,245 kes jangkitan baharu, empat kematian dicatat
Astro Awani
November 12, 2022 10:40 MYT
November 12, 2022 10:40 MYT
KUALA LUMPUR: Jangkitan baharu COVID-19 pada Jumaat catat sedikit penurunan.
Data di portal KKMNOW mendedahkan, kes jangkitan semalam adalah 3,245 berbanding 3,436 kes yang dicatatkan hari sebelumnya.
Sementara itu sejumlah empat kematian akibat COVID-19 direkodkan semalam.
Satu kes kematian berlaku di luar fasiliti hospital atau 'brought-in-dead' (BID).
Sementara itu, 32,987 kes aktif dicatatkan dan daripada jumlah itu 31,108 kes atau 94.3 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.
Tiada pesakit ditempatkan di pusat kuarantin (PKRC), manakala, 1,792 pesakit mendapat rawatan di hospital.
87 daripada mereka ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) manakala 63 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.
Negara juga mencatatkan 4,208 kes sembuh.