COVID-19: 3,120 kes baharu dengan 23 kematian

Astro Awani
Mei 4, 2021 17:24 MYT
Hanya Perlis satu-satunya negeri yang tidak mencatatkan sebarang kes baharu positif COVID-19 pada 4 Mei 2021. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sebanyak 3,120 kes baharu positif COVID-19 direkodkan pada Selasa, menjadikan jumlah keseluruhan terkini ialah sebanyak 420,632 kes.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Selangor kekal tertinggi dengan 675 kes baharu positif COVID-19.
Ia diikuti dengan Sarawak dengan 620 kes, Kuala Lumpur (408), Johor (336) dan Kelantan (296).
Tiga lagi negeri yang merekodkan lebih tiga angka adalah Pulau Pinang dengan 167 kes, Kedah (155) dan Perak (117).
Hanya Perlis satu-satunya negeri yang tidak mencatatkan sebarang kes baharu positif COVID-19 pada 4 Mei.
Daripada 3,120 kes baharu itu, 3,114 merupakan kes penularan tempatan iaitu 2,918 warganegara dan 196 bukan warganegara, manakala baki enam kes adalah kes import dengan satu warganegara dan lima bukan warganegara.
Dr Noor Hisham juga memaklumkan, jumlah kes aktif pula adalah sebanyak 31,516 dengan jumlah kes di Unit Rawatan Rapi sebanyak 338 dan 181 pesakit menerima alat bantuan pernafasan.
Beliau juga menjelaskan, jumlah kes sembuh pada 4 Mei adalah sebanyak 2,334 menjadikan jumlah kumulatif sembuh 387,542 kes.
Pada 4 Mei, sebanyak 23 kematian direkodkan dengan jumlah keseluruhan adalah sebanyak 1,574 kes.

COVID-19: 4 Mei 2021 J kes sembuh: 2,334 J kumulatif: 387,542 (92.1%) J kes baru: 3,120 J kumulatif: 420,632 J kes aktif: 31,516 Kes local: 3,114 (2,918WN, 196BWN) Kes import: 6 (1WN, 5BWN) J kematian: 23 WN J kumulatif: 1,574 (0.37%) J kes di ICU: 338 Pesakit Intubated:181 pic.twitter.com/Rnj7QfCEA1

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) May 4, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Sehingga 4 Mei 2021 Jumlah kes COVID-19 adalah 3,120 kes (420,632 kes) Pecahan setiap negeri (Kumulatif): Selangor - 675 (136,161) Sabah - 89 (58,461) Johor - 336 (46,441) WP KL - 408 (44,777) Sarawak - 620 (32,667) P Pinang - 167 (20,445) N Sembilan - 95 (19,104) 1/2

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) May 4, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Kelantan - 296 (15,371) Perak - 117 (15,066) Kedah - 155 (10,394) Melaka - 52 (7,636) Pahang - 41 (5,366) Terengganu - 53 (4,510) WP Labuan - 5 (2,468) WP Putrajaya - 11 (1,397) Perlis - 0 (368) 2/2

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) May 4, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#COVID-19 #Dr Noor Hisham Abdullah #kes baharu #kes positif #Selangor #Kuala Lumpur #Johor #Kelantan #Sarawak