COVID-19: 3,045 kes baharu, lima kematian
Astro Awani
Ogos 15, 2022 11:30 MYT
Ogos 15, 2022 11:30 MYT
KUALA LUMPUR: Jangkitan kes baharu COVID-19 pada Ahad menunjukkan penurunan mendadak dengan 3,045 kes, berbanding 4,334 kes hari sebelumnya.
Ini menjadikan jumlah kes jangkitan harian baharu kini mencecah 4.735 juta sejak kali pertama pandemik melanda negara.
Menurut data Kementerian Kesihatan di portal COVIDNOW, kes kematian akibat COVID-19 pada Ahad juga turun kepada lima, berbanding 11 yang dicatatkan hari sebelumnya.
Daripada lima kematian itu, tiada kes melibatkan kematian di luar fasiliti hospital atau 'brought-in-dead' (BID).
Kes aktif COVID-19 dalam negara kini berjumlah 43,431. Daripada jumlah itu, 96.2 peratus atau 41,759 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.
Dilaporkan, 1,567 kes dirawat di hospital dengan 72 daripadanya ditempatkan di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 46 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.
Negara juga mencatatkan 4,226 kes sembuh.