COVID-19: 29 lagi kluster dikenal pasti, 6 daripadanya di Selangor

Astro Awani
Ogos 15, 2021 19:49 MYT
Setakat ini, jumlah kluster aktif adalah sebanyak 1,317 kluster, manakala, 2,866 kluster telah tamat. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti 29 lagi kluster baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu.
Ia menyaksikan tempat kerja sebagai penyumbang tertinggi, iaitu 17 kluster, diikuti kluster komuniti sebanyak 10 kluster dan dua kluster kumpulan berisiko.
Selangor merekodkan kluster tertinggi dengan enam kluster, namun turun sedikit berbanding Sabtu yang merekodkan 11 kluster.
Ia diikuti Johor dan Kelantan yang masing-masing mencatatkan lima kluster.
Setakat ini, jumlah kluster aktif adalah sebanyak 1,317 kluster, manakala, 2,866 kluster telah tamat.
BACA: COVID-19: 20,546 kes baharu, Selangor tertinggi dengan 7,307 kes
Perincian 29 kluster baharu adalah seperti di bawah:
#COVID-19 #Kementerian Kesihatan #KKM #Malaysia #kluster #Kluster tempat kerja #kluster komuniti #kluster kumpula berisiko
;