COVID-19: 29 lagi kluster baharu, tempat kerja masih tertinggi

Hilmi Malik
Ogos 10, 2021 19:48 MYT
Kelantan mencatatkan jumlah kluster harian tertinggi dengan sebanyak enam kluster. - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan penambahan 29 lagi kluster baharu yang masih menyaksikan kategori tempat kerja menjadi penyumbang tertinggi dengan 17 lagi kluster dikesan.
Ini diikuti dengan kluster komuniti dengan sebanyak lapan kluster yang dikesan manakala kluster lain yang terlibat adalah keagamaan dan kumpulan berisiko masing-masing satu dan tiga kluster.
Mengenai pertambahan kluster mengikut negeri, Kelantan mencatatkan jumlah kluster harian tertinggi dengan sebanyak enam kluster.
Setakat ini, jumlah kluster aktif adalah sebanyak 1,238.
Berikut merupakan perincian setiap kluster baharu.
#KKM #COVID-19 #Kluster tempat kerja #Kluster baharu #Kementerian Kesihatan #Malaysia
;