COVID-19: 28 lagi kluster baharu, kluster tempat kerja penyumbang tertinggi

Hilmi Malik
Julai 31, 2021 19:34 MYT
Selangor merupakan penyumbang tertinggi bagi pertambahan kluster harian iaitu sebanyak lapan kluster, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
KUALA LUMPUR : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 28 lagi kluster baharu yang dikenal pasti.
Daripada jumlah kluster baharu berkenaan, kategori bagi tempat kerja kekal menjadi penyumbang tertinggi iaitu sebanyak 13 kluster.
Seterusnya melibatkan kluster komuniti (12), pusat tahanan (1), kumpulan berisiko tinggi (1), dan keagamaan (1).
Bagi penularan kluster mengikut negeri, Selangor menjadi penyumbang tertinggi bagi angka kluster baharu iaitu sebanyak lapan kluster hari ini.
Setakat ini, jumlah kluster aktif yang direkodkan adalah sebanyak 1,106 kluster.
Berikut merupakan perincian bagi setiap kluster baharu yang dilaporkan hari ini.
#KKM #COVID-19 #Dr Noor Hisham Abdullah #koronavirus #Kluster baharu #tempat kerja
;