COVID-19: 27 kluster baharu, tempat kerja masih tertinggi
Hilmi Malik
September 9, 2021 20:33 MYT
September 9, 2021 20:33 MYT
KUALA LUMPUR : Sebanyak 27 lagi kluster baharu dilaporkan hari ini dengan kategori tempat kerja kekal menjadi penyumbang tertinggi iaitu sebanyak 15 kluster.
Menurut Kementerian Kesihatan (KKM) dalam satu kenyataan, ia diikuti penularan menerusi kluster komuniti yang mencatatkan sebanyak 11 kluster.
Selain dua kluster tersebut, antara kategori lain yang terlibat ialah kluster pendidikan yang hanya merekodkan satu kluster.
Setakat ini, jumlah kluster yang masih dilaporkan aktif adalah sebanyak 1,450.
Berikut merupakan perincian bagi setiap 27 kluster baharu yang dilaporkan: