COVID-19: 27,004 kes baharu, 373 di ICU

Astro Awani
Mac 18, 2022 03:29 MYT
Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 373 kes pesakit COVID-19 dimasukkan ke unit rawatan rapi dengan 225 memerlukan bantuan pernafasan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sebanyak 27,004 kes baharu COVID-19 dilaporkan pada Jumaat, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 3,927,437 kes.
Daripada jumlah itu, 26,285 kes melibatkan jangkitan tempatan, manakala 719 adalah kes import.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, daripada jumlah keseluruhan kes baharu, kategori 1: 11,163 kes (41.34%); kategori 2: 15,642 kes (57.92%); kategori 3: 63 kes (0.23%);
kategori 4: 72 kes (0.27%) dan kategori 5: 64 kes (0.24%).
Daripada 199 kes COVID-19 kategori 3, 4 dan 5, 51 kes (25.63%) tidak divaksinasi atau belum lengkap
divaksinasi, 82 kes (41.21%) telah menerima dua dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak, 66 kes (33.17%) telah menerima dos penggalak, 95 kes (47.74%) berumur 60 tahun dan ke atas dan 105 kes (52.76%) mempunyai komorbid.
Sebanyak 373 kes dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dengan 225 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.
Jumlah kes sembuh pula adalah 29,450 kes.
Sembilan lagi kluster baharu direkodkan, dengan 340 kluster masih aktif.
#COVID-19 #Dr Noor Hisham Abdullah #dos penggalak #ICU