COVID-19: 26 kluster baharu dikesan, 876 kluster kekal aktif

Astro Awani
Julai 14, 2021 12:02 MYT
Dr Noor Hisham berkata tujuh kluster merupakan kluster komuniti dan empat lagi kluster kumpulan berisiko tinggi. - Gambar fail/ Bernama
KUALA LUMPUR: Sejumlah 26 kluster baharu COVID-19 dilaporkan hari ini dengan 15 daripadanya merupakan kluster tempat kerja.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata tujuh lagi kluster merupakan kluster komuniti dan kluster kumpulan berisiko tinggi (empat).
Majoriti kluster dikesan di Selangor iaitu sebanyak enam, diikuti Kuala Lumpur (empat), Johor, Kedah, Melaka dan Sarawak masing-masing tiga, Terengganu (dua) selain Pahang, Sabah dan Kelantan (satu).
Sejumlah 876 kluster dilaporkan masih aktif ketika ini daripada 3,142 kluster yang dilaporkan sehingga kini.
Berikut butiran kluster baharu yang dilaporkan hari ini:
1. Persiaran Teknologi 11
- Kluster tempat kerja dilaporkan di Kulai dan Johor Bahru, Johor
- 85 disaring, 15 dikesan positif
2. Jalan Dian 19
- Kluster tempat kerja dilaporkan di Johor Bahru, Johor
- 33 disaring, 11 dikesan positif
3. Lorong Aik Hwa
- Kluster tempat kerja dilaporkan di Muar, Johor
- 80 disaring, 15 dikesan positif
4. Tapak Bina Metropolis 2
- Kluster tempat kerja dilaporkan di Kepong, Kuala Lumpur
- 270 disaring, 69 dikesan positif
5. Jalan Sinar Sentul
- Kluster tempat kerja dilaporkan di Kepong, Kuala Lumpur
- 11 disaring, 9 dikesan positif
6. Jalan Ampang Sejahtera
- Kluster tempat kerja dilaporkan di Titiwangsa, Kuala Lumpur
- 114 disaring, 7 dikesan positif
7. Lorong Ara
- Kluster tempat kerja dilaporkan di Lembah Pantai, Kuala Lumpur
- 67 disaring, 12 dikesan positif
8. Industri Alam Jaya 2/3
- Kluster tempat kerja dilaporkan di Kuala Selangor dan Gombak, Selangor
- 37 disaring, 33 dikesan positif
9. Jalan Medan Seksyen Sembilan
- Kluster tempat kerja dilaporkan di Hulu Selangor, Selangor
- 39 disaring, 15 dikesan positif
10. Industri Jalan Mas Tujuh
- Kluster tempat kerja dilaporkan di Sepang, Selangor
- 76 disaring, 5 dikesan positif
11. Dah Ketil Industri Baling
- Kluster tempat kerja dilaporkan di Baling, Kuala Muda, Kulim, dan Sik, Kedah
- 161 disaring, 31 dikesan positif
12. Dah Saga Industri Sungai Petani
- Kluster tempat kerja dilaporkan di Kuala Muda dan Kulim, Kedah
- 128 disaring, 75 dikesan positif
13. Jalan Lebuh Ayer Keroh
- Kluster tempat kerja dilaporkan di Melaka Tengah, Jasin, dan Alor Gajah, Melaka
- 49 disaring, 33 dikesan positif
14. Jalan Jasin Bestari
- Kluster tempat kerja dilaporkan di Jasin, Melaka
- 203 disaring, 47 dikesan positif
15. Jalan Teo Kui Ngo
- Kluster tempat kerja dilaporkan di Meradong, Sarawak
- 53 disaring, 13 dikesan positif
16. Jalan 11 Medan
- Kluster komuniti dilaporkan di Sepang, Selangor
- 45 disaring, 8 dikesan positif
17. Desa Kemandol
- Kluster komuniti dilaporkan di Kuala Langat, Selangor
- 61 disaring, 19 dikesan positif
18. Murni Perdana
- Kluster komuniti dilaporkan di Marang dan Dungun, Terengganu
- 91 disaring, 43 dikesan positif
19. Bukit Tok Bat
- Kluster komuniti dilaporkan di Hulu Terengganu, Setiu dan Besut, Terengganu serta Bentong, Pahang
- 210 disaring, 30 dikesan positif
20. Jalan D’Aranjo
- Kluster komuniti dilaporkan di Melaka Tengah, Melaka
- 82 disaring, 26 dikesan positif
21. Kampung Melamam
- Kluster komuniti dilaporkan di Sipitang, Sabah
- 37 disaring, 37 dikesan positif
22. Duyoh
- Kluster komuniti dilaporkan di Bau, Sarawak
- 82 disaring, 22 dikesan positif
23. Sentosa 2
- Kluster kumpulan berisiko tinggi dilaporkan di Kuching, Samarahan, dan Asajaya, Sarawak
- 181 disaring, 52 dikesan positif
24. Jalan Pahat 15
- Kluster kumpulan berisiko tinggi dilaporkan di Petaling dan Sepang, Selangor
- 463 disaring, 104 dikesan positif
25. Jalan Kelaboran
- Kluster kumpulan berisiko tinggi dilaporkan di Tumpat, Kelantan
- 38 disaring, 11 dikesan positif
26. Dah Melor
- Kluster kumpulan berisiko tinggi dilaporkan di Sik, Baling, Pendang, dan Kuala Muda, Kedah
- 310 disaring, 49 dikesan positif
#Noor Hisham Abdullah #Kluster tempat kerja #COVID-19 #kluster komuniti #kluster kumpulan berisiko tinggi #kes COVID-19