COVID-19: 26 kertas siasatan berita palsu dibuka - Bukit Aman

Bernama
Februari 15, 2020 09:14 MYT
Mohd Roze menasihatkan orang ramai agar tidak berkongsi sebarang kenyataan ataupun artikel tidak sahih berkaitan jangkitan COVID-19. - Gambar hiasan
Polis membuka tiga lagi kertas siasatan berhubung penyebaran berita tidak sahih mengenai jangkitan COVID-19 di media sosial, menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini 26 kes.
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman (Risikan dan Operasi) Datuk Mohd Roze Shaari berkata tiga laporan kes baharu yang diterima pihaknya ialah di Kuching dan Miri di Sarawak serta satu kes di Temerloh, Pahang.
"Tiga kes berkaitan berita palsu akan dituduh di mahkamah masing-masing di Kuala Lumpur, Terengganu dan Sabah.
"Penularan berita ini dilihat serius, saya menasihatkan orang ramai agar tidak berkongsi sebarang kenyataan ataupun artikel tidak sahih berkaitan jangkitan virus itu," katanya kepada Bernama pada Jumaat.
-- BERNAMA
#berita palsu #berita tidak sahih #Bukit Aman #COVID-19 #jangkitan #jenayah #kertas siasatan #koronavirus #mahkamah #media sosial #Mohd Roze Shaari #penyebaran berita #polis #siasatan
;