COVID-19: 26,832 kes baharu, 261 di ICU

Astro Awani
Februari 21, 2022 10:38 MYT
15 lagi kluster baharu direkodkan pada Ahad, menjadikan kluster masih aktif dalam negara sebanyak 500. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: 26,832 kes baharu COVID-19 dicatatkan pada 20 Februari menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 3,221,680 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, 26,764 membabitkan kes tempatan dan 68 kes import.
Sebanyak 99.50 peratus bersamaan 26,699 kes adalah pesakit COVID-19 dalam kategori 1 dan 2 iaitu tidak mempunyai gejala dan bergejala ringan.
Manakala,133 kes atau 0.50 peratus adalah kategori 3,4 dan 5.
261 kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 139 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Jumlah kes sembuh pula adalah sebanyak 18,459 kes.
Semalam, 15 lagi kluster baharu direkodkan, menjadikan kluster masih aktif dalam negara sebanyak 500.
Kadar kebolehjangkitan atau nilai R-naught di seluruh negara ketika ini adalah 1.21 dengan Wilayah Persekutuan paling tinggi, 1,71 diikuti Sarawak (1.48) dan Sabah (1.40).
#COVID-19 #Dr Noor Hisham Abdullah #ICU #kes positif
;