COVID-19: 251 kes positif baharu, satu kematian dilaporkan di Sarawak

Syafik Shukri Jalil
Mac 15, 2021 09:58 MYT
Selain itu, satu kematian dilaporkan di Hospital Sibu melibatkan seorang wanita berusia 64 tahun.
KUALA LUMPUR: Sarawak hari ini melaporkan pertambahan 251 kes positif COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di negeri itu kepada 12,702.
Sibu mencatat kes harian tertinggi dengan 65 kes diikuti, Miri (40), Bintulu (36), Betong (23), Kuching (22), Julau (21), Song (14), Kapit dan Subis (lapan), Bau dan Meradong (empat), Sarikei (tiga), Samarahan (dua) dan Serian (satu).
Menerusi kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, satu kluster melibatkan Kluster Jalan Tanjung di Bintulu dilaporkan dengan kes 12,173 disahkan sebagai kes indeks kluster ini.
“Kes indeks merupakan pekerja di sebuah pasaraya dan dikesan menerusi saringan individu bergejala pada 13 Mac 2021 di Klinik Kesihatan Bintulu.
“Hasil siasatan lanjut dan pengesanan kes secara aktif dalam kalangan semua pekerja di pasaraya tersebut, 18 kes tambahan dilaporkan,” kata kenyataan itu.
Selain itu, satu kematian turut dilaporkan di Hospital Sibu melibatkan kes 9,049 berusia 64 tahun menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 91.
Kes yang juga memepunyai ko-morbid penyakit buah pinggang, darah tinggi dan gout disahkan positif COVID-19 pada 25 Februari 2021 dan meninggal dunia pada 14 Mac 2021.
Setakat ini 127 individu telah disaring dengan 19 kes dilaporkan positif, 106 negatif dan dua kes masih menunggu keputusan ujian makmal.
Pertambahan ini menjadikan jumlah kluster aktif di Sarawak kepada 29.
#Sarawak #COVID-19 #laporan harian #vaksin #JPBN Sarawak #Kluster baharu